Friday, December 16, 2011

Snow & Asthma

Bangun aje pagi ni tgk suasana putih jer kat luar. Yey!!! Snow dah turun mlm tadi. Apa lg kejut la kanak riang utk bgn nk g sekolah & main snow. Adik yg batuk-batuk pn teruja nk tgk snow. Tapi bila tanya adik nk main snow ke...dia geleng.

Kesian adik dari semalam dia batuk. Ni dah masuk kali ke 4 dia batuk. Mlm tadi waktu nk tidur dia mcm sesak nafas. Tersekat-sekat dia bernafas. Bila jadi mcm tu dia akan menangis. Mama dh bg inhaler tapi still gak jadi mcm tu. Mlm tadi mama mmg tidur x nyenyak sbb kejap2 adik bgn nangis dan mintak mama tepuk belakang dia.

Lepas papa antar kakak & abang pegi sekolah, mama siapkan adik nk bawak g GP (klinik). Pukul 9.15 kami redah snow yg turun tu jalan kaki g klinik. Nasib baik klinik dekat jer. Dr suspek adik ada asthma sbb dah hampir 3 bulan dia batuk on & off. Dr bg ubat yg power sikit dan suruh kitaorg pegi HQ klinik dia jumpa asthma nurse utk mendpt maklumat lanjut tentang asthma dan apa nk buat bila dia x leh nk nafas.

Kiranya sepanjang pagi kitaorg dok la melawat klinik. Nurse siap pesan kalau adik x leh nk nafas teruk suruh pegi emengency. Inhaler yg sblm ni kena guna 2 puf jer, kena guna 10 puf sbb adik punya bernafasan x brp nk stabil. Sehari 2 jenis inhaler dia kena pakai. Kesian adik. Harap2 bila blk M'sia asthma dia ok.

No comments:

Post a Comment