Wednesday, April 28, 2010

Aktiviti Baru

Dah lama dah x update blog ni. Konon2 azam thn baru (2010) nk update blog ni dgn cite2 terkini & cite2 jalan2. Tapi asyik dok bertangguh jer.

Bermula hari ni aku dah memulakan 1 aktiviti baru....jeng..jeng..menghadiri kelas maths yang dianjurkan oleh children centre kat sekolah Natasya & Danish. Mengikut brochure dia kitaorg akan diajar macam mana bdk2 kat sekolah belajar supaya parents senang nk ajar anak buat homework. Sbb bila tgk homework Natasya mmg nampak cara pembelajarannya berbeza dgn apa yg kita belajar dulu. So harapnya dgn menghadiri kelas ni dpt la aku membantu bdk2 ni buat kerja sekolah disamping mengasah semula ilmu yg dah hampir tertanam tu.

Bila mama pergi kelas maka sikecik Irdina pn kena la gak pegi kelas. Yg bagusnya diaorg menyediakan kelas (creche') free utk anak2. Blh la gak Irdina belajar berkawan dgn kawan2 bermata warna warni ( ye la kan ada kawan mata biru, hijau). Mula2 tu risau gak takut dia nangis tp staf kat situ kata "don't worry if she cry or get stress we will get you". Lega rasanya. Mana x risau Irdina ni bukannya blh bercakap English. YESH tu pandai la dia jawab. Kalau tanya semua dia jawab YESH. Dah abis kelas terus intai dia buat apa. Dia dok sibuk tolong kemas mainan. Bila masuk nk ambik dia, carik x jmpa sbb dok belakang pintu ambik kot. Diaorg kata Irdina ok jer dlm creche' tu. Tak pe ada lg 12 minggu dia nk g creche' tu. Agak2 pasni blh la dia asah bakat bercakap omputeh plk.

Kelas first week cuma isi bermacam2 borang. Yg tensionnye diaorg x jmpa status aku. Nk kata pelarian ada visa, penat cikgu tu belek2 kertas dia last skali dia kata nanti dia tanya bos dia. harap2 kali ni x de la masalah nk attend kelas free mcm kat Leeds dulu. Dia kata kalau susah sgt aku x pyh register masuk jer belajar cuma x leh nk ambik exam je la. Ok la tu as long as aku dpt belajar & bergaul dgn orang2 baru.