Friday, December 18, 2009

Snowman

Tercapai gak la cita2 nk buat snowman walaupun yg kecik. Petang tadi lepas Natasya & Danish balik sekolah terus pergi park dekat sekolah lama Natasya. Konon2 nk main snow kat situ. Bila dah sampai Irdina plk tido so terpaksa la tunggu dia dlm kereta. Nk kejut kesian plk sbb pagi tadi dia bgn awal, nk antar kakak & abg dia pegi sekolah. Jadi yg buat snowman cuma papa, kakak & abg jer la. Tadi Irdina beria2 gak nk keluar rumah nk pegang snow. Tp bila dah bg dia sentuh dia kata"Cccold..." Ingt petang la nk bg dia lari2 kat park. Mgkn lain kali.

Thursday, December 17, 2009

It's Snowing

Akhirnya yang ditunggu dah tiba... Semalam lagi dah start snow tp cinonet jer. Mlm plk buat projek cup cake utk party kelas Natasya. Ari ni waktu keluar tgk rumah snow turun lagi. Tapi kejap jer pastu berenti. Tapi diaorg jangka malam ni snow akan turun dgn lebatnye. Dari kul 6 dah dok terintai-intai anak beranak. Bila dah nk tido baru perasan kat luar dah putih. Harap2 malam ni tak hujan & snow lebat sikit so blh la main esok pagi. Yang tak syok nye budak2 sekolah jadi petang la baru blh main anak beranak. Hmmm nk tumpang main kat umah sapa yer.... sbb umah kitaorg tak de garden.

Bila snow macam ni mesti teringat pada Kak Yati wife Dr Chek, Norsiah, K.Ani. Kak Norseah dan kawan2 kat Leeds dulu. Kak Yati la orang pertama yag call bila snow turun. Dia mesti akan inform sbb takut kitaorg tak perasan. Pastu pakat2 la call kawan2 yang lain. Excitednya semua orang, pastu ramai2 buat rombongan pergi park main sledge. Bestnyer.... Kira merasa la gak main sledge dulu.

Friday, November 13, 2009

Mulut Berasap

Mulut berasap ni bukan sbb hisap rokok yer... kat sini x perlu hisap rokok utk bagi mulut tu berasap. Hari hujan dari malam tadi lagi. Dah la nk kena hantar Natasya & Danish pegi sekolah pagi ni. Bila Irdina bgn jer terus pakaikan dia baju lagi selapis. Sebelum keluar pakaikan dia snow suit pulak. Bila keluar, bernafas je terus keluar asap. Tak payah hembus ikut mulut...bernafas ikut hidung pn keluar asap.

Teringat lagi waktu pergi Cameron Highlands masa matrik dulu. Tu la first time sampai ke Cameron Highland. Kita orang ( budak2 Tun Kudu) sanggup bangun awal2 sbb nk keluar bercakap kat luar. Nk tengok mulut berasap la konon..he..he.. tak sangka plk sekarang ni dapat berasap mulut yg berasap-asap. Tumpang rezeki orang....

Saturday, November 07, 2009

Jalan-jalan Hujung Minggu

Hari ni cuaca mcm best jer utk jalan2 & tangkap gambar. Memandangkan terdapat 1 tempat yang menarik utk bergambar maka kami pn bercadang untuk mengadakan sesi pemgambaran musim luruh di situ. Jurugambar profesional fully book minggu ni. Nak booking minggu depan takut hujan..he..he..

Walaupun cik matahari menampakkan wajahnya tp sejuk tuhan jer yg tahu. Sunny but chilly. Bdk2 pn apa lg bukan main seronok maklum la bkn selalu dpt g jalan2 selain carboot. Last week plk kami x ke mana2. Dalam pukul 9 lebih kami smpai ke Virginia Water. Cantik tempat tu....

Friday, November 06, 2009

Marshmallow Crunchies

Bahan-bahan
75 gm (3 oz) butter
3 tbsp golden syrup
200 gm (7 oz) marshmallow
125 gm (4 oz) coco pops (rasanye apa cereal pn blh tapi x pernah cuba lagi)
sedikit minyak

- Cairkan butter, golden syrup & marshmallow dlm periuk dengan api sederhana.
- Padamkan api,masukkan coco pops kacau sebati.
- Sapukan acuan dengan minyak supaya x melekat, masukkan adunan marshmallow & tekan2 dengan sudip / sudu.
- Sejukkan. Masukkan dalam peti ais utk keraskan marshmallow tadi.
- Bila dah sejuk baru potong. Kalau rajin nak celup separuh dengan coklat pun boleh.

Tuesday, November 03, 2009

Pertunjukan Bunga Api

Semalam Brunel University mengadakan pertunjukan bunga api. Disebabkan kitaorg blh dapat tiket free bila pergi bersama family maka pakat2 la nk g tgk bunga api. Sblm ni asyik dok dengar bunga api berdentam-dentum kat sekeliling umah jer. Memang meriah sungguh pertunjukan bunga api tersebut, siap dgn muzik lagi. Ala2 pertandingan bunga api kat M'sia.

Tuesday, October 27, 2009

Hyde Park




Dah lama x update blog, actually dah lama bercita2 nk update blog ni dgn cite2 terkini tp masa selalu x mengizinkan. Alasan jer la tu...

Semalam kebetulan cuti sekolah & hubby x de kelas so blh la jalan2 ke Central London, kebetulan ada urusan seri paduka banginda plk kat kedutaan. Natasya & Danish excited sungguh dapat jalan2, mana tak nyer selalu ke CB jer kali ni nk jalan kat London la plk. Malam lg Natasya dah siap bekal coklat & air.

Dalam pukul 9 bertolak ke West Drayton sbb kali ni nak naik train plk. Ari tu pegi naik tube. So parking dekat umah kawan & kitaorg pn jalan kaki ke train station. Sbnrnye x jmpa carik parking kat train station tu. (he..he..)

Selepas naik 1 train dan 2 tube maka sampai la kat kedutaan M'sia. Setelah settle kerja sbnrnya serah dokumen jer dulu pukul 3.30 ptg kena dtg collect dokumen plk. Untuk mengisi masa lapang & mengisi perut yg lapar kitaorg pn lepak2 kat Hyde Park. Kali ni bawak bekal nasi impit & rendang ayam. Sambil bermain dgn burung2 merpati kitaorg pn mkn2 la. Natasya & Danish dok usha daun2 yang berguguran kat tepi bench tmpat kitaorg mkn. Irdina plk dok mengejar burung2 sambil mkn. Lepas jer abis mkn, Natasya & danish memulakan aktiviti yg mmg dinanti2kan. Apa lagi, diaorg kumpul daun2 tu pastu lompat atas daun. Dah puas lompat atas daun main lambung2 daun plk. (betul ke bahasa lambung daun ni).

Tiba2 nampak plk ada org bagi tupai mkn. Kitaorg pn mencuba la nasib utk bagi tupai2 ni mkn. Ada la 2 3 ekor tupai yg jinak tp sbb kitaorg x de kacang so dia dtg hidu2 tgn pastu lari. Irdina siap nk bg 1 plastik kuih lg kat tupai tu. Tak pe lain kali kalau nk g Hyde Park kita bawak kacang plk.

Untuk menghabiskan masa kitaorg pn jln2 la kat Hyde Park tu. Ingat nk ke Harrods tp tgk jam dah dekat pukul 3. So patah blk le kedutaan. Natasya dah sakit kaki, muka pn dah x manis, tp hati nk jalan lagi. So bwk plk pegi Harrods. Orang punya la ramai kitaorg beli air jer lepas tu cabut. Krismas sale pn x start lagi.

Jalan2 cari mkn last2 mkn kat Restoran Bonda kat Paddington. Lepas tu terus blk. Dlm kul 8.30 dah sampai rumah. Bdk2 dlm train lagi dah nk tertido. Kesian penat..tp Natasya siap blh kata boleh tak lain kali kita blk pukul 10 plk. Sbnrnye sbb skrg ni pukul 6 pn dah gelap tu yang diaorg rasa cepat penat. So lain kali ingat nk bwk diaorg pergi muzium plk.

Friday, September 11, 2009

Sekolah


Dah hampir seminggu Natasya & Danish start sekolah. Konon nk post entry baru ari dia org masuk sekolah. Tangguh punya tangguh sampai dah seminggu. Alhamdulillah, dua-dua dapat sekolah yang sama & dekat dgn rumah. 10 min jer jalan kaki. So lepas ni kalau papa dia org ada keje x payah la ponteng sekolah lagi. Mama & adik jalan kaki je antar pegi sekolah. Kalau diaorg nk masuk kelab apa2 lepas sekolah pn senang.

Untuk first week ni Danish sekolah sampai kul 11.45 pagi je. Next week plk sampai kul 1. Lepas tu baru dia sekolah penuh. Agaknya diaorg x nak budak2 ni terkejut.

Natasya macam biasa. Malu kat sekolah baru. Kadang2 kesian plk sbb dia x de kawan. Tp sehari dua ni nampak mcm dah ok. Ok kot dia kat sini. Sekolah baru ni macam lg banyak keje sekolah dan lagi detail dia punya jadual. Harap2 Natasya dapat terima perubahan ni.

Wednesday, August 26, 2009

Kakak

Dah lama x tulis blog ni. Bz dgn SiKecikComel. Malas pn je jugak. Irdina dah 2 -3 ari dapat perkataan baru. Seronok papa dia usik dia. Dia pn kemain lagi la sebut. Ptg tadi waktu siap2 nk g buka posa umah kawan (bkn kat kedai ye), panggil la Natasya nak minta tlg tgk adik dia jap. Tiba2 dia pn panggil KAKAK. Wahhh dah pandai panggil kakak pulak. Dia ni rapat gak dgn kakak dia. Kalau Natasya buat apa2 mesti dia pn nk tiru. Bulan puasa ni Irdina pn mcm posa gak. X lalu nk mkn sbb x de kwn. Mesti dia kurus sikit.

Smlm Danish puasa penuh. Kira Alhamdulillah, first time posa dah penuh. Tp ari ni dia x tahan godaan. Dia tgk Irdina mkn cornflakes, dia pn curi la mkn sikit. Agaknye dia ingt kalau mkn sikit x batal puasa. Kesian gak kat dia. Dia curik mkn tu dah kul 6 lbh. Sikit je lagi nk berbuka.

Wednesday, July 01, 2009

Cite Irdina lagi


Ari ada satu lagi insiden menarik pasal irdina @ adik.Tengah dok baring2 sambil main2 dgn dia, tiba2 dia nangis... merengek2 nk sesuatu. Pastu tanya la dia ..."adik nk mkn ker?"... siap dia geleng2 penuh manja sambil dok sengih. Comel sungguh si kecik ni. Kalau mama dia x puji sapa lagi nk puji. Pastu aku tanya lagi... "adik nk limau?" "Nak" (dalam pelat dia la). "Hahhh adik nk apa?" "Mau"... ler sejak bilaplk bdknipandai cakap limau. Kalau ada orang buka petiais dia g plg sibuk nk ambik limau. Kalau papa dia kupas limau dia teru dtgsambil angkat tangan. X sempat tanya pun sapa nk limau.

Betul kata orang kalau jaga anak sendiri memang best tengok perkembangan dia tiap2hari. Ada je benda
baru yang dia buat. Natasya pn dah ok sikit pasal nk tukar sekolah. Danish macam tu la.Dia kisah. Mana2 pn boleh. Asal dapat main.

Tuesday, June 30, 2009

Adik Comel

Dah lama x update blog... nak kata bz x gak...entah ler. Ari ni nk cite pasal adik. Macam2 kelaku dia. Dh pandai tunjuk nose. Naik tangga lagi pandai. Tgh best2 panjat tangga papa plk suruh turun. Aisyemen....punye ler x best. Walaupun kena marah kat papa psl panjat tangga sempat gak tolong papa lap lantai sbb papa bg air tumpah. Kalau bab makan...apa2 pun dia mkn paling suka mkn buah. Pantang sungguh tgk buah. Mesti jerit2 nk makan. Tp OK la kan sbb senang nk g toilet....

Thursday, March 12, 2009

Gigi

Hmm bukan nak cerita pasal sakit gigi ke... cabut gigi.. tp nk cite pasal Iridna Batriesyia dah tumbuh gigi. Baru 2 hari lepas perasan dia ada gigi. Gigi tu tak nampak lagi. Ada dua kat bawah. Balik dari rumah uncle pakistan tu, main2 dgn dia.. dia tergigit jari rasa keras, apa lagi terus suruh dia nganga. Punya la susah nk suruh dia bukak mulut tapi at least dpt tgk. Semua org excited, dia pn dah naik pelik kenapa semua orang suruh dia nganga.

Thursday, March 05, 2009

Menu

Semenjak dua menjak ni dah buntu pikir nk masak apa untuk santapan harian. Mood nk masak pun lari lintang pukang. So ari ni masak nasi impit...he..he.. try buat mcm yg segera. OK la, cuma terlembik sikit. Rendang pn yang segera gak. Bila Natasya & Danish balik sekolah(3.30ptg), semua orang dah start mkn nasi impit. Pukul 7 lbh, semua orang dh lapar balik, so nk memudahkan cite goreng jer kebab & buat salad (konon2 la tu). Esok tak tau la nk makan apa...ingt nk kemas barang-barang yang baru sampai tadi. 3 kotak tu.

Saturday, February 14, 2009