Tuesday, December 27, 2011

Irdina

Lepas balik membeli belah semperna boxing day, mama minta tolong kakak salin baju adik sbb mama nk kemas bilik sikit sblm turun siap mkn mlm. Sekali dengar adik menangis cakap tangan dia sakit. Bila tgk x patah pn, mgkn terseliuh. Apa nk buat ni sbb papa dah sambung tido sbb dia penat. Try call kawan yg kenal dengan refeleksologist. Orang tu plk x leh nk hubungi. Adik ni baju pn x pakai sbb dia x nk gerakkan tangan kiri dia. Mgkn terseliuh disiku. Lama2 dia dah berhenti menangis tp tangan still x nak gerakkan.

Tengah dia baring2 tangan kiri dia terjatuh atas tilam. Sebelum tu dia peluk je tangan tu atas dada dia. Dia sambung menangis sampai papa terbangun dari tidur. Papa tanya x okey alagi ker? Mama jawab tak. Dia suruh call no kecemasan 111. Kalau kat Luton ni no tel 111 ni sbgai alternetif bg kes-kes kecemasan yg tidak terlalu penting. Bila dia dah soal selidik (byk gak la soalan dia), dia suruh pegi A&E (kecemasan). So kitaorg pun bersiap2 la nk pegi hospital. Sebelum tu dah pakaikan adik anduh. Anduh bukan sebarang anduh yer. Skaf tierack mama yg tak pernah guna lagi tu. Siap ada bau minyak mestika la skaf tu. Kitaorang dinner dulu sebelum ke sana sbb takut lambat. Sekali tgh dinner papa kata " tangan adik dah baik yer?". Adik kata tak. "Tu adik dah blh jatuhkan tgn". Adik tgk tangan di dah ke bawah sbb dah terkeluar dari anduh. Dia sengih jer. Bila suruh dia gerakkan tangan dah boleh dah. Jadi cancel la trip ke hospital. Si adik siap tanya papa bila nk pegi hospital ani sbb dia tgk semua org dah salin baju tido. Lega hati mama sbb tak perlu bawak dia ke hospital. Kesian kat dia selalu sgt sakit.

Boxing Day

Ni mgkn boxing day terakhir kami. Plannya tahun depan dh nk balik, InsyaAllah. Ni kali kedua kami join boxing day sbb tahun lepas kitaorang demam. 2 minggu mmg x keluar rumah. Makan pn order kat kedai jer. Semua orang berkampung kat ruang tamu sbb senang anak2 nk makan & tengok TV. Dlm pukul 7 lebih papa kat jom kita pegi Bicester Village. Ingatkan dah x jadi nk pegi boxing day sbb pkl 4.30 pagi tadi dia antar org pegi airport. Bila dia dah ajak, mama pun apa lg terus siap2.

Lagi 6 min nk sampai (menurut encik tomtom) jalan dah jem. Masa tu baru pukul 9.30. Kedai bukak pukul 9. Kitaorang pun bergerak la pelan-pelan mengikut arus, pukul 10 baru sampai dah nasib baik terus dapat parking. Bila dah melangkah masuk jer....mak aiii punya la ramai orang. Banyak kedai yg kena que sbb diaorg nk jaga keselesaan pelanggan menghabiskan duit. Kedai Puma jer yg paling best sbbnya semua barang 70% less. Tapi byk gak barang yg dah abis. Kalau sport shoe tu tinggal yg pattern x lawa & saiz yg kecik2 jer.

X byk yg kitaorg beli sbb ramai sgt orang so mood nk shopping pun hilang disamping budget yg sikit. Mana x nye, mata & hati tak seiring dgn poket. Pukul 12.30 dah abis ronda, plan nk pegi galaria plk tapi on the way balik terjumpa plk retail park yg ada kedai next & TK Maxx. Sambung la shopping kat situ. Thanks papa sbb belikan mama hadiah. Kelar kedai dah agelap walaupun baru pukul 4 lebih. Sooo terus jer la balik.

Sunday, December 25, 2011

Gigi Danish

Orang lain dok sibuk sambut krismas, Danish plk dok sibuk gigi dia nk tercabut. Dah hampir seminggu dia dok goyang gigi tu. Hari ni gigi dia dah tercabut. Gigi susu yang pertama tercabut. Nasib baik dia rajin goyang sbb gigi baru dah tumbuh. Sibuk tanya ada tak tooth fairy yg akan bagi dia duit. Ni la yg jadi bila semua orang dok sibuk dgn tooth fairy.

Friday, December 16, 2011

Snow & Asthma

Bangun aje pagi ni tgk suasana putih jer kat luar. Yey!!! Snow dah turun mlm tadi. Apa lg kejut la kanak riang utk bgn nk g sekolah & main snow. Adik yg batuk-batuk pn teruja nk tgk snow. Tapi bila tanya adik nk main snow ke...dia geleng.

Kesian adik dari semalam dia batuk. Ni dah masuk kali ke 4 dia batuk. Mlm tadi waktu nk tidur dia mcm sesak nafas. Tersekat-sekat dia bernafas. Bila jadi mcm tu dia akan menangis. Mama dh bg inhaler tapi still gak jadi mcm tu. Mlm tadi mama mmg tidur x nyenyak sbb kejap2 adik bgn nangis dan mintak mama tepuk belakang dia.

Lepas papa antar kakak & abang pegi sekolah, mama siapkan adik nk bawak g GP (klinik). Pukul 9.15 kami redah snow yg turun tu jalan kaki g klinik. Nasib baik klinik dekat jer. Dr suspek adik ada asthma sbb dah hampir 3 bulan dia batuk on & off. Dr bg ubat yg power sikit dan suruh kitaorg pegi HQ klinik dia jumpa asthma nurse utk mendpt maklumat lanjut tentang asthma dan apa nk buat bila dia x leh nk nafas.

Kiranya sepanjang pagi kitaorg dok la melawat klinik. Nurse siap pesan kalau adik x leh nk nafas teruk suruh pegi emengency. Inhaler yg sblm ni kena guna 2 puf jer, kena guna 10 puf sbb adik punya bernafasan x brp nk stabil. Sehari 2 jenis inhaler dia kena pakai. Kesian adik. Harap2 bila blk M'sia asthma dia ok.

Friday, December 02, 2011

Adik Batuk Lagi

Kesian adik (kesian mama), ni dah masuk kali ke 3 adik batuk dalam tempoh 3 bulan. Kali ni batuk sekali dengan demam. Batuk yang panjang. Bila dia batuk, nafas dia akan jadi pendek-pendek. Mama naik risau tengok keadaan dia. Kali kedua jumpa Dr (15/11) ari tu Dr bagi inhaler untuk bagi dia senang bernafas. Hari selasa (29/11) Dr bagi lagi satu inhaler. Isnin depan mama akan bawa adik check up. Dr yang minta mama bawa adik untuk tengok perkembangan dia. Harap-harap adik dah sembuh hujung minggu ni.

Semalam lagi kesian mama tengok adik. Terbaring tak bermaya. Makan pun tak nak. Mata layu jer. Merengek-rengek minta mama temankan dia. Malam-malam pn asyik terbangun sebab nak tengok keadaan adik. Hari ni adik dah makan sup. Tapi sikit jer. Yogurt pun tak nak. Mama pulak dah start sakit tekak. Rasa perit. Kadang-kadang rasa berat kepala. Dah dua ari jugak mama tertidur dengan adik. Mungkin sebab asyik terbangun malam. Cepat sembuh adik...kesian mama tengok. Semoga Allah sentiasa melindungi kita.