Wednesday, January 26, 2011

Tidur oooo tidur

Hari ini dlm sejarahnya mama x tido semalaman malam tadi. Pagi ari sebelumnya mama sakit kepala so lepas bdk2 sekolah sambung la tido sambil menemankan Irdina. Tp Irdina yg bgn & suruh dia baca buku, mengajar sambil pejam mata, blh gitu. Sedar2 dah kul 12 tengahari. Turun makan2 & siapkan dinner sambil buat apa yg patut kat ruang tamu & dapur, budak2 dah balik sekolah. Malamnya mata dah x mau lelap. Asyik dok teringat keje2 yg menunggu utk dibereskan. Sambil menunggu mata mengantuk mama survey la jgk blog2/FP yg boleh dijadikan panduan utk kami ke Europe bln 4 nanti guna handphone. Kalau tgk kat blog ni best sikit sbb mcm2 tips diaorg bagi & kita mmg blh tgk gambar kat mana yg cantik. Kalau tgk kat majalah mmg la semua cantik sbb diaorg pakai kamera mahal...he..he.. Tgk2 jam dah kul 3. Dr pukul 10 dah start baring, mata still x nak tido. Terus bangun,pakai jacket, bukak laptop & bukak heater. Start salin maklumat2 yg terdapat dlm blog2.

Pukul 6.15 pagi pegi solat subuh & terus turun masak mihun goreng. Utk lunch anak2 bawak sandwich telur & buah epal. Lepas bdk2 dah pegi sekolah mata dah start mengantuk. Tp saje nk dera sbb mlm tadi x mau tido. So packing apa yg patut sambil layan Irdina tgk tv. Dah plan dlm pukul 2 nk pegi charity shop sbb nk tgk seluar sekolah utk Natasya. Since kitaorg nk pindah rumah awal bulan 4 so mcm x berbaloi nk belikan dia seluar baru. Lepas pegi charity shop terus pegi library & ambik anak2 sekolah. Papa tunggu kat sekolah.

Balik terus masak nasi, goreng ikan masin, masak ayam masak lemak cili api. he..he..settle dinner utk mlm ni. Mmg plan nk tido awal. Kalau x leh tido gak malam ni nk buat apa yer... kita kemas buku la plk. Blh????

Wednesday, January 19, 2011

Dentist

Ari ni buat kali keduanya mama pegi klinik gigi. Smlm dha pegi check up bersama-sama Nataysa & Irdina. So ari ni kena repair. Smlm mmg bangga sungguh bila Irdina sikit pn x takut nk jmpa dentist. Kat UK ni bila umur dah 2 thn boleh daftar kat dentist utk check gigi. Irdina selanba jer naik kerusi & nganga mulut dia. Dr cuma kata gigi depan dia kena berus betul2 sbb ada decay. Yg lain semua ok. Pastu mcm biasa la bila Dr dah check dpt la sticker. Dia pakai sampai ke malam sticker tu. Seronok sungguh dia....Ingat lagi masa kat M'sia pernah gak la bawak Natasya check gigi Dr punya la x friendly. Tu la antara perbezaan yg nyata Dr kat sini & kat M'sia.

Hari ni dia cuma temankan mama jer. Tu pun tunggu dlm kete jer. Lama gak la buat rawatan sbb 2 btg kena tampal & 1 kena buat crown. Tu pun sbb x leh nk repair w/pun root treatment yg buat kat M'sia tu x elok. Dia kata kalau nk repair kena jmpa specialist. Kalau jmpa specialist kena que panjang. Lagipun tampalan kat root treatment tu dh serpih. Dia kata sepatutnya tampalan tu utk sementara jer. Bkn utk yg kekal. Rasanya tu la kali pertama & terakhir mama pegi klinik yg kat M'sia tu...sbbnya x de kualiti...

Tuesday, January 11, 2011

Irdina

Hari ni papa kena ke Central London sbb nk attend perjumpaan dgn menteri dr KPT kat M'sian Hall. Terpaksa cancel meeting dgn supervisor. So mama kena la ambik anak2 sekolah. Sambil masak dok pikir nk bwk pushchair ke nk suruh Irdina jln jer. Jalan selalunya separuh jer yg laintu terpaksa la mama dukung. Disebabkan dah 3 ari dia terpaksa berjalan & mama terpaksa dukung dia maka mama ambik keputusan nk bwk pushchair. Skali papa bwk kunci kereta pegi Central wpun dia sbnrnye pegi dgn tube. So terpaksa la si kecik tu berjalan. Pegi sekolah tu naik bas sbb for sure nya dia x larat nk jln 30min & mama pn x larat nk dukung.

Masa dh nk smpai sekolah dia dh merengek2 suruh dukung. Skali dia suruh dukung. Mama pn dukung la sbb nk nmpk ada bdk2 yg dah keluar dr sekolah. Nanti lmbt la plk. Pastu dia tanya:

Irdina: Mama...adik kena jalan kan?
Mama: Ha ah, tadi adik kata nk jalan.
Irdina: Adik cakap kat rumah kan?
Mama: sekarang pn kena jalan. Adik kena jalan sekarang...(dgn harapan dia nk jalan balik)
Irdina: Haahhhhh (siap buat muka terkejut) kena jalan ke?
Mama: Kena jalan la tadi adik kata nk jalan
Irdina: Mama ni baik la.....(dgn suara membodek sambil tepuk2 bahu mama)

Mama pn apa lg gelak terkekeh2 dgn telatah dia. Sebelum tu dia kata dia berat...tp suruh dukung jgk. Kalau duduk dgn dia mmg x leh dok diam. X tau la bila dah besar mcm mana. mesti bergaduh jer. Sekarang ni dia dh pandai usik abang. Sbb dia tahu abg x suka dia usik. Irdina...irdina...

Monday, January 10, 2011

2011

Tahun baru dah masuk 10 ari baru nk update blog. Cita2 cuma tinggal cita2 jer. Konon2 nk jadikan blog ni dairi kat UK tp disebabkan kerajinan yg amat sangat meng'update' blog apa pun x leh nk dijadikan panduan he..he.. Membebel kat diri sendiri sebenarnya ni.

Azam tahun baru???? banyak sgt sampai x tertulis dan yg pasti tak akan tertunai semuanya. Antaranya nk menggunakan masa yg ada kat UK ni sepenuhnya. He...he... bukannya selalu dapat duduk kat negara orang ni. Kalau ada rezeki ni mungkin tahun terakhir berada di bumi 4 musim ini. Hubby makin sibuk. So x leh nk harapkan dia sgt utk entertain budak2 ni. Kena la pandai2 carik jalan utk entertain diri sendiri & anak2. Tak pe skrg ni mama dah pandai bwk anak2 pergi Uxbridge naik bas. Irdina yg paling seronok naik bas. Mesti dia teringat waktu Ummi & Cik Li dtg dia kena jalan2 naik bas. Minggu ni jer dah 2 kali pergi Uxbridge sbb nk layan face painting. Papa demam so kena duduk rumah.

Ari ni plk bwk Irdina pergi Children Centre utk Stepping Stone. Kelas tu 1 jam setengah jer. Anak2 dibenarkan bermain, melukis, mewarna dan macam2 lagi. Sebelum balik diaorg bagi makan buah & air. Pastu ada aktiviti story telling & muzik. Irdina memang enjoy habis la.