Monday, January 10, 2011

2011

Tahun baru dah masuk 10 ari baru nk update blog. Cita2 cuma tinggal cita2 jer. Konon2 nk jadikan blog ni dairi kat UK tp disebabkan kerajinan yg amat sangat meng'update' blog apa pun x leh nk dijadikan panduan he..he.. Membebel kat diri sendiri sebenarnya ni.

Azam tahun baru???? banyak sgt sampai x tertulis dan yg pasti tak akan tertunai semuanya. Antaranya nk menggunakan masa yg ada kat UK ni sepenuhnya. He...he... bukannya selalu dapat duduk kat negara orang ni. Kalau ada rezeki ni mungkin tahun terakhir berada di bumi 4 musim ini. Hubby makin sibuk. So x leh nk harapkan dia sgt utk entertain budak2 ni. Kena la pandai2 carik jalan utk entertain diri sendiri & anak2. Tak pe skrg ni mama dah pandai bwk anak2 pergi Uxbridge naik bas. Irdina yg paling seronok naik bas. Mesti dia teringat waktu Ummi & Cik Li dtg dia kena jalan2 naik bas. Minggu ni jer dah 2 kali pergi Uxbridge sbb nk layan face painting. Papa demam so kena duduk rumah.

Ari ni plk bwk Irdina pergi Children Centre utk Stepping Stone. Kelas tu 1 jam setengah jer. Anak2 dibenarkan bermain, melukis, mewarna dan macam2 lagi. Sebelum balik diaorg bagi makan buah & air. Pastu ada aktiviti story telling & muzik. Irdina memang enjoy habis la.

No comments:

Post a Comment