Wednesday, January 19, 2011

Dentist

Ari ni buat kali keduanya mama pegi klinik gigi. Smlm dha pegi check up bersama-sama Nataysa & Irdina. So ari ni kena repair. Smlm mmg bangga sungguh bila Irdina sikit pn x takut nk jmpa dentist. Kat UK ni bila umur dah 2 thn boleh daftar kat dentist utk check gigi. Irdina selanba jer naik kerusi & nganga mulut dia. Dr cuma kata gigi depan dia kena berus betul2 sbb ada decay. Yg lain semua ok. Pastu mcm biasa la bila Dr dah check dpt la sticker. Dia pakai sampai ke malam sticker tu. Seronok sungguh dia....Ingat lagi masa kat M'sia pernah gak la bawak Natasya check gigi Dr punya la x friendly. Tu la antara perbezaan yg nyata Dr kat sini & kat M'sia.

Hari ni dia cuma temankan mama jer. Tu pun tunggu dlm kete jer. Lama gak la buat rawatan sbb 2 btg kena tampal & 1 kena buat crown. Tu pun sbb x leh nk repair w/pun root treatment yg buat kat M'sia tu x elok. Dia kata kalau nk repair kena jmpa specialist. Kalau jmpa specialist kena que panjang. Lagipun tampalan kat root treatment tu dh serpih. Dia kata sepatutnya tampalan tu utk sementara jer. Bkn utk yg kekal. Rasanya tu la kali pertama & terakhir mama pegi klinik yg kat M'sia tu...sbbnya x de kualiti...

No comments:

Post a Comment