Wednesday, October 19, 2011

Parent Evening

Minggu ni Parent Evening untk sekolah kakak & abang. Abang ari isnin lepas & kakak hari ni. Parent evening ni ialah bila parent kena jumpa guru kelas & berbincang tentang perkembangan anak-anak. Disebabkan mama tak pernah pun jumpa cikgu sekolah kat Malaysia masa ambik keputusan peperiksaan so tak leh la nk buat bandingan. Nanti mama tanya Umi, sebab dia kan cikgu so mesti dia boleh bg info.

Berbalik pada parent evening ni, slot masa yg diberikan lebih kurang 10-15 min. So appointment dah buat siap-siap. Parent kalau boleh diminta untuk membuat lawatan ke kelas anak-anak sebelum berjumpa guru sebab senang nk bincang & tanya soalan. Ari tu masa jumpa guru kelas abang x sempat nk tgk hasil kerja dia dulu. 2 kali gak la cikgu dia tanya pasal dah tgk ke blm buku2 dia kat kelas. Mungkin dia nk tahu kalau ada apa-apa yg kita x puas hati atau tak faham. So far abang ni ok cuma kadang-kadang dia buat perangai. Semua buku latihan mmg ada kat kelas. Kat beg sekolah (book bag), cuma ada reading record, buku cerita yang dia kena baca (ikut tahap kemahiran membaca), buku library dan botol air. Abang cuma bawak 2 beg. 1 book bag dan lg 1 lunch box. X de la mcm kat M'sia sampai senget bahu & terkoyak bag sekolah. Kalau nk bwk pencil case blh tinggal kat sekolah. (Agak-agak abang mesti pengsan tgk buku sekolah kat M'sia bila dia blk nanti)

Cikgu abang, Miss Kelleherg beritahu la perkembangan Numeracy (math) & Literacy (english) dan apa target yang dia perlu capai.

Kakak pun sama jgk perjumpaan dgn guru kelas dia, Mr Davis. Dia cakap la kakak ni kurang keyakinan diri dan segan nk bertanya. Untuk target kakak kena tumpukan utk cari faktor dlm numeracy. Kakak jugak akan mengambil peperiksaan pada bulan 5. Mungkin mama akan start cari past year question awal tahun depan. Target tahun ni nk bg pandai jawi dulu.

Thursday, October 13, 2011

Chocolate Chips Cookies

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan:
115 gm (4oz) mentega
70 gm (2 1/2 oz) gula halus
70 gm ( 2 1/2 oz) gula perang
140 gm (5oz) tepung gandum
1 biji telur
175 gm ( 6oz) chocolate chip
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

cara-cara:
- panaskan oven 190 C.
- pukul butter dan gula halus + gula perang hingga berkrim.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan esen vanila, gaul.
- Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam sedikit-sedikit hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan choc chip sehingga sebati.
- Ambik adunan dalam sesudu kecil ( ikut saiz cookies yg berkenan di hati yer, kalau nk besar buatla besar) Biskut ini akan mengembang kerana soda bikarbonat. Jadi kena la jarakkan antara satu sama lain. Takut bercantum antara satu sama lain.
- Bakar selama 10-12 min sehingga perang. Sejukkan atas rak. Biskut ni mmg lembik sedikit bila keluar oven tapi bila dah sejuk dia akan keras.

Monday, October 03, 2011

Gundah Gulana VS Serba Salah

Tajuk macam best, isi belum tentu yer... Ni nukilan hati pemilik blog. Sesiapa yang rasa tak best atau meluat ker boleh ler hentikan pembacaan. he..he... amaran dah diberikan yer.

Pejam celik, pejam celik dah nak hampir 3 tahun kami berada di bumi UK ni. Macam-macam rasa ada. Manis macam madu ada, masin macam garam ada, masam macam cuka ada, pahit macam biskut hangus pun ada. (Nak kata pahit macam hempedu tak leh la sebab memang tak pernah rasa hempedu tu macam mana). Sehingga sekarang perasaan itu bercampur baur. Kejap bila fikir dah nak balik Malaysia rasa seronok, kejap rasa sedih pulak. Sedih bukan apa, kat sini terlalu banyak aktiviti yang boleh mama ikuti bersama anak-anak. Tambahan pula kat kawasan rumah mama yang baru ni macam strategik jer. Sekolah dekat. Community Centre ada. Mobile Library pun ada. Kiranya kalau papa kena outstation memang tak jadi masalah. Kat sekolah pun ada macam-macam aktiviti untuk parents dan anak-anak. Selalunya kami hanya mengikuti aktiviti yang free jer. Maklum la kat tempat orang budget memang kena jaga. 1 pound sama dengan RM5. Kalau 1 pound sama dengan RM1 memang la boleh poyo lebih sikit.

Anak-anak pun tak lah boring. Yang lagi best hujung bulan lepas kat Community Centre tu dah bukak playground. Walaupun kecik tapi still ada slide & swing. Sebelum ni mama bawak jer diaorang kat padang depan rumah tu. Piknik ker, main basikal ker. Nanti bila-bila senang mama upload gambar yer.

Apa yang buat mama seronok nak balik Malaysia??? Mesti la dapat jumpa family yang dah lama tak jumpa. Dah 3 kali raya kat rantau orang. Rindu kat makanan tak yah cakap la. Anak-anak pun kadang-kadang order macam-macam, yang tak banyak kerenah Si Adik, sebab dia membesar kat sini. Apa yang terhidang kat depan mata kira ok jer. Yang parah sikit kalau Si Adik balik Malaysia ialah nak kena beli cheese & yogurt. Dia ni hari-hari mintak yogurt dan cheese. Kat sini kami beli yang murah jer.

Ok la yer. Nanti sambung lagi...mata dah mengantuk ni. Bye...

Saturday, October 01, 2011

HMMMM....

Setelah lama menyepi, InsyaAllah mama akan cuba utk update blog ni. Kali ni mungkin nak letak resepi-resepi yg selalu mama buat. Tak kisah lah resepi lauk-pauk, kuih-muih atau apa-apa jer. Bukan nak jadi blogger masakan yer. Tak tercapai rasanya tangan untuk menjadi seorang blogger masakan. Cukup la sekadar untuk panduan mama sendiri. Tak payah la dok membelek buku resepi setiap kali nak masak. Sampai dah koyak rabak buku resepi tu. Baru nk masuk 3 tahun duduk kat UK ni. Kadang-kadang tu lupa resepi mana yang best dan menjadi, resepi mana yang telah di olah sedikit. Kebanyakan resepi diambil dari internet ataupun resepi kawan-kawan. Sama ada dari myresepi atau blog-blog masakan. Mama ni mmg suka kumpul resepi, kalau sesuatu masakan tu sedap (kena dengan citarasa kitaorang), tanpa segan silu selamba jer mintak resepi. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi resepi.