Friday, December 02, 2011

Adik Batuk Lagi

Kesian adik (kesian mama), ni dah masuk kali ke 3 adik batuk dalam tempoh 3 bulan. Kali ni batuk sekali dengan demam. Batuk yang panjang. Bila dia batuk, nafas dia akan jadi pendek-pendek. Mama naik risau tengok keadaan dia. Kali kedua jumpa Dr (15/11) ari tu Dr bagi inhaler untuk bagi dia senang bernafas. Hari selasa (29/11) Dr bagi lagi satu inhaler. Isnin depan mama akan bawa adik check up. Dr yang minta mama bawa adik untuk tengok perkembangan dia. Harap-harap adik dah sembuh hujung minggu ni.

Semalam lagi kesian mama tengok adik. Terbaring tak bermaya. Makan pun tak nak. Mata layu jer. Merengek-rengek minta mama temankan dia. Malam-malam pn asyik terbangun sebab nak tengok keadaan adik. Hari ni adik dah makan sup. Tapi sikit jer. Yogurt pun tak nak. Mama pulak dah start sakit tekak. Rasa perit. Kadang-kadang rasa berat kepala. Dah dua ari jugak mama tertidur dengan adik. Mungkin sebab asyik terbangun malam. Cepat sembuh adik...kesian mama tengok. Semoga Allah sentiasa melindungi kita.

No comments:

Post a Comment